fa, wa dan yusuf fawwaz

Tahniah Filzah & hubby + Wan & Faheem!

July 2nd, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Alhamdulillah, Filzah dan Wan Zuriati - kawan wa mase kat UIA masing2 telah selamat melahirkan seorg puteri! Yusuf ade geng la! Boleh main bola, hee.. opss! ke buat programming?! huhu.. sebabnye mama masing2 mengadap komputer jek mase mengandung! Alhamdulillah musim ni memang ramai org bersalin nampaknye, baguslah..meramaikan ummat Islam! InsyaAllah family sebelah wa pun akan ade 4org baby akan tiba tahun ni , sebelah fa pulak seorg - kak ila. wah! boleh bergegar rumah pah nnt bile semua berkumpul main kt tingkat atas tu (bila semua pandai berlari la) hee..

 

Oh, entry ni psl wan n filzah kan, so tadi sempat la wa n cik abg n salmiza pergi menziarahi wan yg selamat bersalin kt hospital damansara specialist. Wan memang la senyum sokmo.. tapi dihati siapa yg tahu.. bersabar wan. baby wan masih dlm ICU sbb left lung die tak develop lagi.. Subhanallah, besar sungguh ujian mereka. tapi yakinlah dgn kuasa Allah, kita doakan yg terbaik buat baby wan..

ni pic baby wan (photo taken from faheem’s facebook)

baby wan

Muka macam wan.. hehee.. buat wan dan faheem, bersabar dan jgn gundah. InsyaAllah semuanya selamat..

 

To Filzah & hubby,

Tahniah! maaf la, tak dpt jenguk pun..insyaAllah ade rezeki kita berjumpa ok. tgk dlm web fariha, chomel betul baby filzah.. Subhanallah!

 

Lepas ni tunggu ana pulak! bersedia ana, bykkan baca doa & Al-Qur’an..ok?!

 

Mar kita doakan yg terbaik utk semua org!

 

Friends !!, Pavement of Life

Hazazi Tunang and Yusuf Aqiqah ver. KL

June 30th, 2009

From Fadhlullah Abd Rahman

Okeh lama tidak update blog ini (again ?). Tapi kali ni, kisah “Hazazi Tunang”. Actually, masa minggu kedua bulan Jun ni banyak event kat rumah Tokmak.

1. Majlis Khatam Al-quran - 12 June
2. Hazazi Tunang dengan Intan - 13 June
3. Yusuf Aqiqah (again ver. KL) - 12 June

Hazazi Tunang

Memang dinantikan, Hazazi bertunang dengan Itan pada 13 Jun 2009. Awal pagi kita semua dah gerak (kul 10 juga …) and of course, wa and dollah juga yang keluar last sekali dari rumah tokmak. Yusuf nak susu ye, so kena setup dan configure dulu bekalan susu.

zazitunang1.jpg

Ni kiranya first time jadi “official” photographer. Besar tanggung jawap tuh, event sekali dalam seumur hidup insyaAllah (sampai ke jinjang pelamin). Hantaran memang buat sehari sebelum. Tetapi berkat usaha satu keluarga (saya tengok tengok dan tukar mentol lampu jek) siap juga akhirnya. The best part, tempat CINCIN tuh handmade by Hazazi sendiri. Arkitek punya modeling. Not bad eh ?

zazitunang35.jpg

Puas hati, walaupun tak sempat makan nasi (pasal dok jenuh tangkap gambar) tapi emmang puas hati. everything smooth gile :) Tokmak pun tersenyum lebar .. termasuklah muka pakcik hamzah yang amat ketara kepuasannya.

zazitunang47.jpg

zazitunang32.jpg

Yusuf Fawwaz Aqiqah

Oh !! Si Chomel Yusuf ada majlis aqiqah lagi sekali :) kali ini version KL pula ^_^. Kira timing memang cantik pasal banyak “pakcik-makciknya” semua kat sini. Memang havoc.

Of course, pak jang din order kambing atas nasi as main dish. Fuh, memang masyuk. Siap dia kasi kepala kambing lagi (walaupun tak berani makan). Ok … pakjang din attempt nak bukak tengkorak kambing supaya boleh sedut juice di dalam. oh oh.

yusufaqiqah19.jpg

Lepas makan makan, dia adakan marhaban sikit :) semua nak high pitching tetapi takleh nak beat kehebatan makngah kita. majlis potong potong rambut berjalan lancar sangat. Yusuf baik jek tak nangis … good boy.

yusufaqiqah31.jpg

By the way Yusuf, your makcik kakniim aussie akan balik July ni insyaAllah.

Salam,

Family , , , , , , , ,

Yusuf Fawwaz dan Ainen Salwa … diwadkan

June 5th, 2009

From Fadhlullah Abd Rahman


Yusuf Fawwaz yang aktif, cergas, dan ceria sungguh sedih sekali. Sudah sakit hampir seminggu lamanya.


30 -31 May 2009
Yusuf sudah mula batuk-batuk dan selsema. Suspek dari Nursery as ada seorang budak yang selsema last week. Pergi klinik keluarga TTDI ambik ubat batuk.


1 - 2 June 2009

Yusuf start cirit birit. memang Ultimate juga. Record 10 kali sehari (waktu office hour jek) tak termasuk waktu malam.


1 June 2009

Umi dan Ayahnya ambik Emergenc Leave dan jumpa Dr. Musa kat Damansara specialist. Dr. kasi nose drop untuk cairkan hingus.


2 June 2009

Malam gi Damansara specialist lagi sekali untuk demam, colic etc. So, doktor kasi Colic gel untuk kasi yusuf makan bila perlu


yusufsakit1.jpg
Makjang and Family try nak demahkan demam Yusuf. Kena beli tampal untuk redakan demam.


3 June 2009

Pergi ke Hospital Pantai untuk jumpa Dr. Chin (emergency) pasal dia demam teruk kat nursery. Ambik half day leave dan tunggu kat hospital. Dr. Chin kasi ubat batuk baru plus Saline untuk elak Yusuf kekurangan air.

Petang tuh, Yusuf kena buang nursery. Cian yusuf.


yusufsakit2.jpg
Yusuf didaftarkan ke Hospital Pantai.
yusufsakit3.jpg

Oxygen Mask untuk Yusuf


4 June 2009
Ambik half-day leave untuk jaga Yusuf kat rumah tokmak. Tengah hari pergikerja balik, but petang balik pasal tak sedap hati. Suhu badan yusuf shot 39.5 darjah. So, terus rush ke Pantai Hospital. Yusuf kena tahan untuk di wadkan. Yusuf, umi dan ayah tidur kat hospital :)


yusufsakit4.jpg
Ibu dukung Yusuf ke Wad C520. bahagian kanak kanak.

yusufsakit5.jpg
Yusuf dimasukkan air glukusa dalam badan. Untuk elak dehydration.


5 June 2009

Happy birthday wa !! Yusuf sekarang ni Hidayah (auntie dia) jaga.

Doktor call tadi untuk minta permission untuk X-ray dada untuk check kahak berlebihan.


6 June 2009

Wa diwadkan paginya kul 4pagi. Pasal berlaku lagi perkara yang sama 2 minggu lepas. So mak dan anak pun sekali dalam wad yang sama. Sayang takde gambar time tuh …


yusufsakit6.jpg
Tidur lepas minum susu :)
yusufsakit7.jpg
Oxygen Mask diberikan supaya Yusuf dapat bernafas dengan elok


Sakit Yusuf :

1. Demam 40 darjah rekod

2. Selsema

3. Batuk kering berkahak

4. Cirit birit

5. Dehydration

6. Colic (kembung perut)


Terima kasih kepada Ibu, tokmak, ayah, pakjangdin, makjang dan keluarga semua pasal take carekan Yusuf.

Family, Pavement of Life , , ,

June 2nd, 2009

From Fadhlullah Abd Rahman


Hohoho, hari semakin dekat untuk hazazi bertunang. Tarikh 13 Jun 2009 memang dinantikan semua orang (including tokmak). Bebaru ni hazazi datang kat rumah tokmak untuk transit ke kelantan. Ok la, dia main sikit lagu lagu dengan gitar sebagai penenang hati.


hazazi1.jpg

Nikon DSLR D90 - TAMRON 18-50mm f2.8 at 42 mm, 1/80 sec, +EV 0.3, ISO 250, Flash SB-600 (+1.0)


Salam,


Family , ,

Yusuf Fawwaz Joget !!

May 30th, 2009

From Fadhlullah Abd Rahman

Atas permintaan ramai (kakniim and syat), Yusuf pun kena la joget depan kamera.

Ok Yusuf, one two three !!



 

Yusuf “Huh Huh Huh,  satu dua tiga, tiga lagi. Satu dua tiga, tiga lagi. Huuuuuu …”

yusuf1.jpg


Yusuf “Huh !!”


yusuf2.jpg


Jujur cakap, ni ultimately chomel.

 


Family , , , , ,

Japan !! Day 6 - Yugawara, Kanagawa

May 24th, 2009

Yugawara yg terletak di Kanagawa merupakan destinasi kami seterusnya.. (cheewah mcm rancangan TV1 lak) hee.. Ini kerana keinginan dalam hati yg meronta2 kami berempat utk menikmati ‘onsen’ ataupun hot spring yg selalu tengok cerita jepun, mesti ade onsen. kan kan?? Masalah yg melanda ialah, untuk menghormati budaya dan adab2 Jepun, kalau nak mandi onsen kene lah… ‘tidak berbaju’ dan sekiranya tak ikut, seolah2 biadap pada mereka.. huahuahua… tak ke pening kepala kami nih…! nak tempah yg berasingan, mahal la pulak.. hmm.. aleh2 Aizuddin tolong kami cari onsen yg ’selamat’.. iaitu.. onsen kaki je la! huhu.. takpe la.. kaki pun kaki je la.. lagipun ade reflexology jugak.. setelah penat berjalan dan berjalan dan berjalan (total tatau la baper jauh kami dah berjalan) memang SANGAT LEGA.. setelah ber-onsen kaki kami.. oh memang nikmat.. walaupun begitu jauh Yugawara ni daripada Tokyo, tapi ketenangan Yugawara tu memang jauh berbeza dari Tokyo. BERBALOI kami tarik beg besar2 kami untuk sampai ke sini.. macam kat Kuale pun ade wa rase.. heee.. aman dan damai jek.. orang2 nye pun ramah2.. takde la muke2 ketat mcm kat Tokyo bandar sibuk itu.. hee.. ye la kampung kan..

Jadi, ini gambar setelah sampai ke Yugawara.. heee.. punya nak jimat, taknak naik teksi walaupun beg kami berbondong2.. sanggup naik bas.. ala2 mcm bas reliance tu, cuma versi canggih sikit ngan sopan sikit. Kalau siapa yg kat kuala tau la, bas reliance.. laju bebeno bawaknye, takde sopan santun! hee.. IMAH dah lame tak naik bas reliance kan.. oklah, nak ceritanya, naik la kami bas tu, belakang bas tu dah penuh ngn barang kami dan kami ni je ha.. tapi makcik2 n pakcik2 kat situ senyum jek.. hee.. chomel betul!


yugiwara00009.JPG


oh, Yugawara memang tempat yg tenang, aman dan damai.. rase macam autumn in my heart lak! hee.. sebab pokok2 dari musim autumn ade lagi.. jadi kami sempat la berangan dengan daun2 maple yg berwarna warni tu… ni la gambar yg feeling~~ sekali… Hidayah sanggup tangkap dgn mantap skali! walaupun die meremang sket tgk aksi wa n fa.. hee..

yugiwara00028.JPG

Nak sampai ke onsen nih, kene naik bukit sikit, tapi takde la tinggi mane pun.. memang cantik tempat tu. ade air terjun.. walaupun itu sebenarnya parit, tapi jernih betul! so, all the way to onsen, kami berposing2 dengan hebatnya.. nyeh~~

So, kat bawah ni la gambar tempat onsen tu.. ade banyak kolam, setiap kolam ade khasiat tersendiri.. tapi malangnya haprak tak paham sebab tulis dlm bhs jepun. hohoh.. air panas tu mengalir dari atas bukit..


Ok, dah selesai pun misi ber-onsen kami… ni gambar makcik tiket yg sporting. die dok explain mcm2 kat kami, tapi tak paham jugak! chomel betul..

yugiwara00050.JPG


Fuh! setelah segar kaki kami (kaki sahaja la.. hehe) boleh la meneruskan perjalanan dengan mantapnya! kemane lagi mau pergi?!? yeah! sanggup ku jelajahi! kerana kaki sudah di-onsen! hoho.. posing kat tepi air terjun nih..  

yugiwara00059.JPG

salah satu gambar kat bawah ni ade gambar kami dengan tugu yg menarik. seorang samurai sedang bersiap sedia untuk berperang, kat sebelah dia ada seorang isteri yang ayu memakai kimono, duduk bersimpuh menyediakan bekalan makanan untuk suami tercinta. (bento la!) pastu tengah kami dok posing, ade pakcik ni datang dan cerita2 di sebalik tugu tersebut. kami pun dengan tekun mendengarnye, oohh…. mcm tu ceritanya.. tapi malangnya kami tak faham! salmiza faham la sikit2.. jadi la, dari tak faham langsung!

Seterusnya, makan time! tetapi mase ni tak jumpe makanan yg sesuai - seperti bento yg ade ikan.. hmm.. jadi berlapar la kami dan makan la sikit2 kuih2 yg ade di situ..


Oh! ibu mengandung tika ini sangat lapar! hee.. tapi teruskan juga perjalanan.. ketua rombongan ada rancangan sendiri, utk memastikan kami tiba ke Kyoto (destinasi seterusnya) tepat pada masanya… hait hait!! sabar je la baby…


Travel , , , ,