Day 6 - Perjalanan ke Kyoto
Dari Fadhlullah Abd Rahman
Setelah puas berendam kaki di onsen (Yugiwara), kita pun start balik journey ke Kyoto. Of course, mestilah naik bullet train yang sangat laju. Yang menariknya, dalam perjalanan tuh boleh nampak Gunung Fuji. memang cantik. Wa time tuh tengah sembahyang, so tak pastilah dia sempat nampak atau tidak :p

Kita sampai ke Kyoto Station time malam. So, sempat juga tengok keindahan kyoto di waktu malam :). Depan stesen keretapi, tuh ada menara kyoto (tak sempat nak visit) but sempat tangkap gambar jek la.
Hotel kita kat area bawah menara tuh, dekat jek dari stesen, jalan tak sampai 5 minit pun.

Day 7 - Kiyomizu Dera
Lepas sembahyang subuh sahaja, kita terus siap siap nak pergi ke Kiyomizu Dera. Kawasan ni memang banyak sejarahnya, umur pun dah 1000 tahun. On the way tuh, kita ada tanya oba-san jalan ke sana. Dia pun tunjuk la jalan .. dia cakap “jalan sekejap jek sampai”. Ok la, memang la sampai but tempat lain dia tunjuk. So, kita pun kena cari sendiri Kiyomizu dera ni ikut peta. Not bad juga, wa yang sarat mengandung berjalan dalam 12 km untuk sampai ke tempat ni (seriously dalam peta nampak dekat).

Kat Kiyomizu dera ni ada dua temple utama, satu ialah buddist satu lagi ialah shinto. Yang shinto tuh umur dah lebih 1000 tahun (100% kayu) cantik di atas bukit. Full historynya, kena check wikipedia

The 1000 years walk
Perjalanan 100 tahun …. lorong lorong di sini kebanyakkannya dah berumur 1000 tahun lebih. Bila jalan jalan kat sini, terasa ‘old skool’ kawasan ni. Kedai kedai kayu berderatan, org pakai baju tradisi, ada penarik beca. Kalau sesiapa yang suka baca cerita manga Samurai-X, kat sini la tempatnya nak ‘feel’

Dan semestinya, kena makan kat sini. Kita order nasi belut. Fuh memang sedap, dan YEN pun sedap. Tetapi memang berbaloi la
… Total kita makan empat orang tengahari tuh dalam 5000 yen (RM 180) errrkkkkk.
City of Candle - Arashiyama
Kiranya kita bernasib baik kerana time kita ke kyoto tuh, ada event besar di Arashiyama. Arashiyama ni jauh sikit dari bandar kyoto, kena naik train untuk sampai sana. Keistimewaan Arashiyama …. satu bandar pakai lilin. memang unik.
Dan, makan sotong bakar pun sedap
Makan di jepun kena berhati hati, tapi every taste adalah berbaloi :p

Balik dari Arashiyama, kita pun round sikit area kyoto. Tapi camera tak keluarkan la … takut kena pau.
But overall, kyoto waktu malam rasa ’selamat’ la juga
Travel, Uncategorized
arashiyama, Japan, kiyomizu, kyoto
Recent Comments