Archive

Archive for the ‘Pavement of Life’ Category

cinta seorang isteri..

February 25th, 2010

 Impian utk menjadi Isteri Cerdik Solehah.. wah! tak semudah seperti disebut atau ditulis..

“Isteri Cerdik Solehah.. penyejuk mata.. penawar hati, penajam fikiran.. “


Subhanallah.. memang kene bersedia mental dan fizikal utk menuju ke arah impian itu! Ilmu kene cukup! Alhamdulillah, tarbiyyah di Idrisiah mengajar aku betapa pentingnya usrah, tazkirah sesama kengkawan, hidup berdisiplin, tatatertib muslimah, adab dalam pergaulan, pentingnya tugas seorang isteri dan ibu..


Ya Allah, berat benar terasa.. bak kate tokmak, “baru anak sorang..” memang cabaran mendatang bertalu-talu.. tak tercatat dan tak terungkap oleh kata-kata, dan kalau diingat kembali, agak surprised aku boleh melaluinya! syaitan menggoda yg amat hebat sekali, menghasut utk membenci, dan tak akan berhenti utk menghasut utk memporak-poranda kan rumah tangga! Ya Allah.. hamba Mu yg lemah dan hina ini hanya mengharap kan hidayah dan kasih sayang dariMu untuk kuatkan iman kami, untuk terus bermujahadah dan kembali pada Mu.. janganlah Kau biarkan kami lalai dan alpa dengan kesibukan dan tidak-kesempatan masa untuk sentiasa mengingati Mu Ya Allah..


Duhai Sayangku yg bergelar Imam Keluarga kita yg diberkati ini..

didiklah hati isteri mu ini.. pimpinlah tangan ku agar kita dapat mendidik anak-anak kita dengan suasana Islam yg syumul.. tegurlah daku sekiranya aku menyimpang.. kemudi lah bahtera ini untuk menuju ke alam hakiki di syurga kelak..


Ingatlah sayang..

atas dasar cinta kepada Allah yg satu .. kemudilah keluarga kita hanya untuk mendapat Keredhaan Allah SWT (Fadhlullah) .. untuk menilai siapa yg lebih cinta siapa, suami lebih cinta isteri atau isteri lebih cinta suami.. nilaikan betapa dalamnya cinta dia kepada Allah SWT… kerana dari situ, akan kita dapat jawapannya..


Family, Pavement of Life

Uhibbukum.. JIDDAN!

October 25th, 2009

I LOVE & MISS YOU A LOT!


Yes.. YOU.. i am referring to YOU.. (with honest assumptions that only my beloved family and friends or friends of friends read my blog.. he he )

Please forgive me and before that, yes i have forgave everyone.. InsyaAllah..

Do keep in touch ya.. really miss the time where we used to be together! Solat, sleep, eat, study, laugh, cry, gossip, recite Qur’an, being punished, TOGETHER! what a wonderful time!


Still remember in form 2, where we had to move from MARIAH to ASPURI.. ha ha, kelako! (tuka ke BM laa)

semua macam tanak pindah dek kerana takut penghuni2 ASPURI yg ‘tidak dikenali’ dan mcm2 cerita-ceriti lagi.. bangun pukul 5pg tu, sebab nak mandi air yg ‘fresh’! yg seronoknya part kene denda depan ASPURA! woh oh!! (lupe lak form bape mase tu) siap yg tak terlibat pun join same, bajet ukhwah yg melimpah2 la.. ho ho.. so, sesiapa yg ingt lagi.. mari kita bercerita semula.. miss that time! see how time flies??


Sesungguhnya, saya sayang anda semua kerana Allah S.W.T. sahabat2 ku.. Thanks to Allah our path crossed! Pengalaman mendewasakan kita, moga segala pengalaman & pengajaran menjadikan kita lebih DEWASA! InsyaAllah..


Selamat Malam Semua..


Friends !!, MADID, Pavement of Life

secebis peringatan buat diriku..

October 20th, 2009

Alhamdulillah,, syukur ke hadrat Allah kita dilahirkan Muslim. Ya Allah tetapkan lah Iman kami, ikhlaskan lah hati kami hanya utk mencapai keredhaan Mu!

Ingatlah Ainen Salwa dan sahabat2 yg dikasihi,,

Pernah terfikirkah, cukup kah amalan kita utk ke Akhirat kelak?? cukupkah bekalan kita?? dapatkah amalan kita menjamin diri kita ke Syurga?? Allahuakbar, sebak rasanya memikirkan hal ni!  Sedangkan Rasulullah S.A.W. yg syumul dan maksum diampunkan dosa baginda oleh Allah, menangis bersujud setiap malam mengharap keampunan dari Allah, sedangkan kita?? Astaghfirullah..

Bersediakah kita menghadap Allah?? Sudahkah mengajak orang kearah kebaikan?? Bila mahu berubah ke arah kebaikan?? Sudahkah mengIslamkan sekurang2nya seorg non-Muslim??


Ya Allah, kami menadah tangan mengharap keampunan dari-Mu.. terima lah taubat kami.. Bersihkanlah hati kami supaya kami ikhlas menjalani hidup sehari-harian sebagai hamba -Mu yg taat, patuh pada perintah Mu!! Bantulah kami menjadi da’ie -Mu yg konsisten, Jadikan lah hati2 kami menuju hanya yg satu - pada Mu Ya Allah..

ameen…

Pavement of Life, tazkirah

Tahniah Filzah & hubby + Wan & Faheem! (update)

July 2nd, 2009

Alhamdulillah.. baby wan dah keluar hospital. semoga semuanya selamat hendaknya.. wan, pantang elok2 ye! Filzah pun same .. updates on baby wan –> www.humaimee.com

 

———————————————————–

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Alhamdulillah, Filzah dan Wan Zuriati - kawan wa mase kat UIA masing2 telah selamat melahirkan seorg puteri! Yusuf ade geng la! Boleh main bola, hee.. opss! ke buat programming?! huhu.. sebabnye mama masing2 mengadap komputer jek mase mengandung! Alhamdulillah musim ni memang ramai org bersalin nampaknye, baguslah..meramaikan ummat Islam! InsyaAllah family sebelah wa pun akan ade 4org baby akan tiba tahun ni , sebelah fa pulak seorg - kak ila. wah! boleh bergegar rumah pah nnt bile semua berkumpul main kt tingkat atas tu (bila semua pandai berlari la) hee..

 

Oh, entry ni psl wan n filzah kan, so tadi sempat la wa n cik abg n salmiza pergi menziarahi wan yg selamat bersalin kt hospital damansara specialist. Wan memang la senyum sokmo.. tapi dihati siapa yg tahu.. bersabar wan. baby wan masih dlm ICU sbb left lung die tak develop lagi.. Subhanallah, besar sungguh ujian mereka. tapi yakinlah dgn kuasa Allah, kita doakan yg terbaik buat baby wan..

ni pic baby wan (photo taken from faheem’s facebook)

baby wan

Muka macam wan.. hehee.. buat wan dan faheem, bersabar dan jgn gundah. InsyaAllah semuanya selamat..

 

To Filzah & hubby,

Tahniah! maaf la, tak dpt jenguk pun..insyaAllah ade rezeki kita berjumpa ok. tgk dlm web fariha, chomel betul baby filzah.. Subhanallah!

 

Lepas ni tunggu ana pulak! bersedia ana, bykkan baca doa & Al-Qur’an..ok?!

 

Mar kita doakan yg terbaik utk semua org!

 

Friends !!, Pavement of Life

Yusuf Fawwaz dan Ainen Salwa … diwadkan

June 5th, 2009

From Fadhlullah Abd Rahman


Yusuf Fawwaz yang aktif, cergas, dan ceria sungguh sedih sekali. Sudah sakit hampir seminggu lamanya.


30 -31 May 2009
Yusuf sudah mula batuk-batuk dan selsema. Suspek dari Nursery as ada seorang budak yang selsema last week. Pergi klinik keluarga TTDI ambik ubat batuk.


1 - 2 June 2009

Yusuf start cirit birit. memang Ultimate juga. Record 10 kali sehari (waktu office hour jek) tak termasuk waktu malam.


1 June 2009

Umi dan Ayahnya ambik Emergenc Leave dan jumpa Dr. Musa kat Damansara specialist. Dr. kasi nose drop untuk cairkan hingus.


2 June 2009

Malam gi Damansara specialist lagi sekali untuk demam, colic etc. So, doktor kasi Colic gel untuk kasi yusuf makan bila perlu


yusufsakit1.jpg
Makjang and Family try nak demahkan demam Yusuf. Kena beli tampal untuk redakan demam.


3 June 2009

Pergi ke Hospital Pantai untuk jumpa Dr. Chin (emergency) pasal dia demam teruk kat nursery. Ambik half day leave dan tunggu kat hospital. Dr. Chin kasi ubat batuk baru plus Saline untuk elak Yusuf kekurangan air.

Petang tuh, Yusuf kena buang nursery. Cian yusuf.


yusufsakit2.jpg
Yusuf didaftarkan ke Hospital Pantai.
yusufsakit3.jpg

Oxygen Mask untuk Yusuf


4 June 2009
Ambik half-day leave untuk jaga Yusuf kat rumah tokmak. Tengah hari pergikerja balik, but petang balik pasal tak sedap hati. Suhu badan yusuf shot 39.5 darjah. So, terus rush ke Pantai Hospital. Yusuf kena tahan untuk di wadkan. Yusuf, umi dan ayah tidur kat hospital :)


yusufsakit4.jpg
Ibu dukung Yusuf ke Wad C520. bahagian kanak kanak.

yusufsakit5.jpg
Yusuf dimasukkan air glukusa dalam badan. Untuk elak dehydration.


5 June 2009

Happy birthday wa !! Yusuf sekarang ni Hidayah (auntie dia) jaga.

Doktor call tadi untuk minta permission untuk X-ray dada untuk check kahak berlebihan.


6 June 2009

Wa diwadkan paginya kul 4pagi. Pasal berlaku lagi perkara yang sama 2 minggu lepas. So mak dan anak pun sekali dalam wad yang sama. Sayang takde gambar time tuh …


yusufsakit6.jpg
Tidur lepas minum susu :)
yusufsakit7.jpg
Oxygen Mask diberikan supaya Yusuf dapat bernafas dengan elok


Sakit Yusuf :

1. Demam 40 darjah rekod

2. Selsema

3. Batuk kering berkahak

4. Cirit birit

5. Dehydration

6. Colic (kembung perut)


Terima kasih kepada Ibu, tokmak, ayah, pakjangdin, makjang dan keluarga semua pasal take carekan Yusuf.

Family, Pavement of Life , , ,

Japan !! Day 5 - Fuji Mountain, Kawaguchi Lake

May 7th, 2009

From Fadhlullah Abd Rahman

FUJI MOUNTAIN / KAWAGUCHI LAKE

Fuji Mountain .. kalau dah jejak kaki kat Jepun tuh, memang tak sah kalau tak pergi ke Gunung Fuji ni.

Yela, semenjak zaman doraemon lagi kita tengok fuji, fuji, fuji.

DSC_0021.JPG

Antara dua trademark jepun :

1. Fuji (dapat gi)

2. Sakura (tak dapat tengok, musim lain. But ada winter sakura :)

Kita pun berbondong-bondong bergerak ke Fuji ni, jauh perjalanan dalam 1 jam 30 minit. Fuji ni letak kat perkampungan sikit. So, memula kat hachioji (rumah aizuddin) keretapi modern … makin ke Fuji makin oldskool keretapinya. but still TEPAT PADA JADUAL.



Sampai kat fuji ni, kita ke KAWAGUCHI LAKE. Kat fuji ni ada 5 tasik, masing masing ada cerita sendiri. Oleh kerana nak cepat, kita gi tasik paling popular (dekat gak .. dalam 1.2 km jalan). Huhu, sian wa, mengandung 6 bulan time tuh.

DSC_0063.JPG

First thing kita buat … beli makanan, pasal lapar gile. Benda paling BERBALOI ialah FUJI APPLE. Sedap dan Manis tak pernah dirasai. Tak sangka ada epal begitu sedap (450 yen, tak silap la). Fuh, dah la besar, kita pun share empat org.

So, kita beli, bento (ada tempura sikit), roti, Fuji epal sebijik, etc. Makan lak kat tepi tasik kawaguchi.

Selesai jek makan, kita naik cable car untuk naik puncak bukit. Boleh nampak Fuji Mountain tercinta. Well, cuaca tidaklah seperti yang diharapkan. Ada AWAN KAT PUNCAK FUJI. Tempat lain seclear clear alam, but kat puncak jek awan tuh pakai sauh. Tapi ok lagi, pasal atas bukit tuh ada SALJI (walaupun sikit). wa pun dengan hebatnya balik salji BULLEYE kat mata. Merah mata kena Salji … mungkin dah taraf AIS kot pasal dah keras macam batu.


Nota untuk wa : Salji tuh lembut, boleh baling kat muka. Tapi SEGUMPAL AIS tuh not good untuk dicampak ke muka. Huhu

Actually lama juga kita duduk atas bukit tuh. Rasa macam rugi lak duduk lama lama, ialah la nam tengok PUNCAK FUJI. Last last, kita give up dan turun balik ke tanah.

Alhandulilah, kat tanah ni, rezeki kot. Awan yang bersauh tuh, sudah beransur pergi. So boleh nampak puncah Fuji yang cantik. Apalagi, posing la kita bermepat kat tepi zebra crossing. Oh ya, dekat dekat sini gak ada themepark yang super ganas. Check gambar kat bawah :

DSC_0107.JPG


TOYODA

Fuh, lepas balik dari Asakusa Fuji Mountain (silap takwim), kita ke rumah Aizuddin (cousin). Bila sampai Kak Oja (isteri cousin) kata Aizuddin tunggu kat Toyoda. Kita pun pergi la ke Toyoda. Rupanya, dia nak belanja SUSHI !! Fuh, memang besh sekali.

Sushi yang best …

1. Ootoro (tuna bahagian yang paling ultimate, cair dalam mulut, air mata keluar berderu)

2. Unagi (superb, lembut dan sos dia masyuk)


Ni ialah Salmon Sushi. Yang Ootoro tuh tak tangkap gambar pasal dah melayang dah. Tengok, besar gile.

Fuh, yang ootoro tuh harga dalam 580 yen satu pinggan. Kiranya mahal la untuk Sushi, dua keping RM 18.

Tapi kalau dah travel 6000KM, apalah sangat RM 18 untuk sushi yang paling besh ?

By the way, kalau dah makan di sini, Sushi King ke Gengki Sushi ke JUSCO Sushi ke semua kena tinggal jauh.

Tapi bila balik Malaysia, kaki dah jejak tanah balik la :p



Pavement of Life, Travel , , ,