Perak bertukar tangan …
From Fadhlullah Abd Rahman
Dalam minggu ini banyak mata yang tertumpu pada Negeri Perak. Bermula dari kes rasuah ADUN PKR hinggalah BN menjadi kerajaan negeri semula.
Akhirnya, BN berjaya menawan semula Negeri Perak dengan majoriti kecil. Terlampau banyak yang ingin dikatakan. Tetapi, kesemua ini atas ketentuan Allah s.w.t. Malahan, perkara ini juga sudah dititahkan oleh Sultan Perak.
PR sudah tunjukkan kemampuan mereka dalam masa 11 bulan ini. Rakyat sudah boleh menilai KPI mereka. Maka, dalam masa 11 bulan ; ini adalah antara jasa PR dalam Perak :
1. Lebih 60,000 penduduk kampung baru dan tersusun di negeri ini akan memperoleh geran pemilikan kekal ke atas tanah yang didiami apabila kerajaan negeri membuat keputusan membenarkan mereka memiliki tanah tersebut.Sebelum ini mereka dinafikan hak mendapat geran tanah sewaktu dibawah kerajaan BN sejak berpuluh tahun.Setiap kali pilihanraya mereka dijanjikan geran tetapi selepas itu isu itu terus menyepi.
2. Memberikan semula bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) setelah peruntukannya dihentikan oleh kerajaan UMNO/BN.
3. Mempekenalkan sistem undi untuk memilih ketua kampung tradisional di seluruh negeri perak.
4. MB Perak umum bantuan RM1 juta untuk golongan miskin, ibu tunggal.Menurut beliau lagi, peruntukan RM1 juta itu bagi bantuan kepada 5,000 golongan miskin tegar dan ibu tunggal di mana setiap mereka akan mendapat bantuan 30 kilo beras, lima kampit gula, dua kilo minyak masak dan duit belanja dapur RM100.
5. Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini 2008.
6. Kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
7. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.
8. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.
9. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan.
10. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
11. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.
12. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.
Not bad eh ?
Recent Comments