Japan !! Day 3
From Fadhlullah Abd Rahman
Sudah hampir 3 bulan balik dari Jepun tapi masih lagi di hari yang ketiga.
FUJITV HQ
Malam selepas Disneyland tuh (memang penat), tetiba Salmiza request nak pergi ke FujiTV pasal nak tengok rakaman artis jepun. Since the next day kita takde solid plan (selain Asakusa Temple), kita pun setuju nak ke FujiTV HQ. Dari mainland Tokyo tuh, kita kena naik monorail (macam KL Monorail) untuk ke pulau (buatan rasanya). Perrghh … KL Monorail Train digunakan untuk transport penumpang dari tokyo ke tempat ni je.
Gambar : Bangunannya memang unik, berlubang-lubang dan ada sebijik bola besar kat tengah.
Masa sampai tuh konsert baru jek habis, maka melepas la nak tengok artis-artis jepun (walaupun tak tahu sesiapa … Kenshin Himura dan Luffy termasuk tak ?)
ASAKUSA TEMPLE
Lepas habis cerita di FujiTV terus gi Tokyo naik TOKYO TELEPORT, kalau monorail tuh slow. Naik ni laju gile. Teleport
Asakusa … dengar jek nama ni terus ingat Anime Shaman King (Yoh Asakura). Asakusa temple ni yang kita visit hanya replica. Yang asal sudah hancur musnah lepas World War II. Habis Tokyo licin kena bedil.
Kita sampai ke stesen Asakusa (tak ingat dah) dan jalan ke temple. On the way tuh, wa nampak penarik beca oldskool
Apa lagi, kalau ke Melaka kita naik beca basikal, kat sini kita naik beca tarik. Mahal juga la, satu beca 3,000 yen untuk 15 minit
TOYODA
Fuh, lepas balik dari Asakusa, kita ke rumah Aizuddin (cousin). Bila sampai Kak Oja (isteri cousin) kata Aizuddin tunggu kat Toyoda. Kita pun pergi la ke Toyoda. Rupanya, dia nak belanja SUSHI !! Fuh, memang besh sekali.
Sushi yang best …
1. Ootoro (tuna bahagian yang paling ultimate, cair dalam mulut, air mata keluar berderu)
2. Unagi (superb, lembut dan sos dia masyuk)
Ni ialah Salmon Sushi. Yang Ootoro tuh tak tangkap gambar pasal dah melayang dah. Tengok, besar gile.
Fuh, yang ootoro tuh harga dalam 580 yen satu pinggan. Kiranya mahal la untuk Sushi, dua keping RM 18.
Tapi kalau dah travel 6000KM, apalah sangat RM 18 untuk sushi yang paling besh ?
By the way, kalau dah makan di sini, Sushi King ke Gengki Sushi ke JUSCO Sushi ke semua kena tinggal jauh.
Tapi bila balik Malaysia, kaki dah jejak tanah balik la :p
Salam,
Recent Comments