From Fadhlullah Abd Rahman
FUJI MOUNTAIN / KAWAGUCHI LAKE
Fuji Mountain .. kalau dah jejak kaki kat Jepun tuh, memang tak sah kalau tak pergi ke Gunung Fuji ni.
Yela, semenjak zaman doraemon lagi kita tengok fuji, fuji, fuji.

Antara dua trademark jepun :
1. Fuji (dapat gi)
2. Sakura (tak dapat tengok, musim lain. But ada winter sakura
Kita pun berbondong-bondong bergerak ke Fuji ni, jauh perjalanan dalam 1 jam 30 minit. Fuji ni letak kat perkampungan sikit. So, memula kat hachioji (rumah aizuddin) keretapi modern … makin ke Fuji makin oldskool keretapinya. but still TEPAT PADA JADUAL.
Sampai kat fuji ni, kita ke KAWAGUCHI LAKE. Kat fuji ni ada 5 tasik, masing masing ada cerita sendiri. Oleh kerana nak cepat, kita gi tasik paling popular (dekat gak .. dalam 1.2 km jalan). Huhu, sian wa, mengandung 6 bulan time tuh.

First thing kita buat … beli makanan, pasal lapar gile. Benda paling BERBALOI ialah FUJI APPLE. Sedap dan Manis tak pernah dirasai. Tak sangka ada epal begitu sedap (450 yen, tak silap la). Fuh, dah la besar, kita pun share empat org.
So, kita beli, bento (ada tempura sikit), roti, Fuji epal sebijik, etc. Makan lak kat tepi tasik kawaguchi.
Selesai jek makan, kita naik cable car untuk naik puncak bukit. Boleh nampak Fuji Mountain tercinta. Well, cuaca tidaklah seperti yang diharapkan. Ada AWAN KAT PUNCAK FUJI. Tempat lain seclear clear alam, but kat puncak jek awan tuh pakai sauh. Tapi ok lagi, pasal atas bukit tuh ada SALJI (walaupun sikit). wa pun dengan hebatnya balik salji BULLEYE kat mata. Merah mata kena Salji … mungkin dah taraf AIS kot pasal dah keras macam batu.
Nota untuk wa : Salji tuh lembut, boleh baling kat muka. Tapi SEGUMPAL AIS tuh not good untuk dicampak ke muka. Huhu
Actually lama juga kita duduk atas bukit tuh. Rasa macam rugi lak duduk lama lama, ialah la nam tengok PUNCAK FUJI. Last last, kita give up dan turun balik ke tanah.
Alhandulilah, kat tanah ni, rezeki kot. Awan yang bersauh tuh, sudah beransur pergi. So boleh nampak puncah Fuji yang cantik. Apalagi, posing la kita bermepat kat tepi zebra crossing. Oh ya, dekat dekat sini gak ada themepark yang super ganas. Check gambar kat bawah :

TOYODA
Fuh, lepas balik dari Asakusa Fuji Mountain (silap takwim), kita ke rumah Aizuddin (cousin). Bila sampai Kak Oja (isteri cousin) kata Aizuddin tunggu kat Toyoda. Kita pun pergi la ke Toyoda. Rupanya, dia nak belanja SUSHI !! Fuh, memang besh sekali.
Sushi yang best …
1. Ootoro (tuna bahagian yang paling ultimate, cair dalam mulut, air mata keluar berderu)
2. Unagi (superb, lembut dan sos dia masyuk)

Ni ialah Salmon Sushi. Yang Ootoro tuh tak tangkap gambar pasal dah melayang dah. Tengok, besar gile.
Fuh, yang ootoro tuh harga dalam 580 yen satu pinggan. Kiranya mahal la untuk Sushi, dua keping RM 18.
Tapi kalau dah travel 6000KM, apalah sangat RM 18 untuk sushi yang paling besh ?
By the way, kalau dah makan di sini, Sushi King ke Gengki Sushi ke JUSCO Sushi ke semua kena tinggal jauh.
Tapi bila balik Malaysia, kaki dah jejak tanah balik la :p
Pavement of Life, Travel
fuji, Japan, kawaguchi, toyoda
Recent Comments