Day 7 - Kyoto - Fushimi Inari Temple
Day 7 - Fushimi Inari
Ok, baru tersedar ada miss satu tempat yang menarik di Kyoto yang tak upload. FUSHIMI INARI. Sebelum, kita ke Arashiyama, kita pergi ke Fushimi dulu. Yang specialnya tempat ni …. MERAH.
Takyah la kira ada berapa tiang tiang sari kat tempat ni. Beribu ribu
Kalau nak tahu, filem GESHA ada adegan yang heroin lari kat tiang tiang ni.
Kita sampai ke Fushimi selepas pergi ke Gion Dori. Banyak kedai yang menarik kat area sini pasal kawasan fushimi ini ialah kawsan lama. So boleh nampak banyak gerai jual kuih kuih jepun (tak beberapa berani nak makan), barang tradisional, etc. Kita stop sekejap kat kedai 500 yen dan saya pun beli topi beret (topi ini akan muncul banyak di gambar gambar seterusnya :p)
Sampai di sana, kita daki bukit sampai ke frasa pertama. Rasanya (dah lupa) Fushimi ni ada 10 checkpoint, dan setiap check point ada beratus tiang merah. Kita naik ke check point pertama dan patah balik, pasal kalau complete 10 check point tuh macam dah habis pilgrimage fushimi (bahaya la pulakkan).
Nak balik tuh, kena lalu kat trek keretapi. Wa, pula nak over take keretapi. Nasib baik palang tuh ada halang wa kalau tak, tak ke naya. Dah la mengandung Yusuf, isk isk
Recent Comments