cinta seorang isteri..
Impian utk menjadi Isteri Cerdik Solehah.. wah! tak semudah seperti disebut atau ditulis..
“Isteri Cerdik Solehah.. penyejuk mata.. penawar hati, penajam fikiran.. “
Subhanallah.. memang kene bersedia mental dan fizikal utk menuju ke arah impian itu! Ilmu kene cukup! Alhamdulillah, tarbiyyah di Idrisiah mengajar aku betapa pentingnya usrah, tazkirah sesama kengkawan, hidup berdisiplin, tatatertib muslimah, adab dalam pergaulan, pentingnya tugas seorang isteri dan ibu..
Ya Allah, berat benar terasa.. bak kate tokmak, “baru anak sorang..” memang cabaran mendatang bertalu-talu.. tak tercatat dan tak terungkap oleh kata-kata, dan kalau diingat kembali, agak surprised aku boleh melaluinya! syaitan menggoda yg amat hebat sekali, menghasut utk membenci, dan tak akan berhenti utk menghasut utk memporak-poranda kan rumah tangga! Ya Allah.. hamba Mu yg lemah dan hina ini hanya mengharap kan hidayah dan kasih sayang dariMu untuk kuatkan iman kami, untuk terus bermujahadah dan kembali pada Mu.. janganlah Kau biarkan kami lalai dan alpa dengan kesibukan dan tidak-kesempatan masa untuk sentiasa mengingati Mu Ya Allah..
Duhai Sayangku yg bergelar Imam Keluarga kita yg diberkati ini..
didiklah hati isteri mu ini.. pimpinlah tangan ku agar kita dapat mendidik anak-anak kita dengan suasana Islam yg syumul.. tegurlah daku sekiranya aku menyimpang.. kemudi lah bahtera ini untuk menuju ke alam hakiki di syurga kelak..
Ingatlah sayang..
atas dasar cinta kepada Allah yg satu .. kemudilah keluarga kita hanya untuk mendapat Keredhaan Allah SWT (Fadhlullah) .. untuk menilai siapa yg lebih cinta siapa, suami lebih cinta isteri atau isteri lebih cinta suami.. nilaikan betapa dalamnya cinta dia kepada Allah SWT… kerana dari situ, akan kita dapat jawapannya..

semoga kita mampu menjadi is3 cerdik yang solehah..penyejuk mata, penawar di hati…aminn.. btw nice pics both of u:)
huuuuuuuuu tetibe jadik berangan2 membace entry ko.
amin aminn….
semoge aku menjadi isteri yg mencinta dan dicinta
InsyaAllah.. kita doakan sesame.. takpe o’oi.. berangan itu seperti memasang impian.. moga2 diberkati selalu hendaknya..