Archive

Posts Tagged ‘Travel’

Day 7 - Kyoto - Fushimi Inari Temple

November 24th, 2009

Day 7 - Fushimi Inari


Ok, baru tersedar ada miss satu tempat yang menarik di Kyoto yang tak upload. FUSHIMI INARI. Sebelum, kita ke Arashiyama, kita pergi ke Fushimi dulu. Yang specialnya tempat ni …. MERAH.

dsc_0331.jpg
Takyah la kira ada berapa tiang tiang sari kat tempat ni. Beribu ribu :) Kalau nak tahu, filem GESHA ada adegan yang heroin lari kat tiang tiang ni.

Kita sampai ke Fushimi selepas pergi ke Gion Dori. Banyak kedai yang menarik kat area sini pasal kawasan fushimi ini ialah kawsan lama. So boleh nampak banyak gerai jual kuih kuih jepun (tak beberapa berani nak makan), barang tradisional, etc. Kita stop sekejap kat kedai 500 yen dan saya pun beli topi beret (topi ini akan muncul banyak  di gambar gambar seterusnya :p)


Sampai di sana, kita daki bukit sampai ke frasa pertama. Rasanya (dah lupa) Fushimi ni ada 10 checkpoint, dan setiap check point ada beratus tiang merah. Kita naik ke check point pertama dan patah balik, pasal kalau complete 10 check point tuh macam dah habis pilgrimage fushimi (bahaya la pulakkan).


Nak balik tuh, kena lalu kat trek keretapi. Wa, pula nak over take keretapi. Nasib baik palang tuh ada halang wa kalau tak, tak ke naya. Dah la mengandung Yusuf, isk isk :P

Travel , , ,

Japan !! Day 6 - Yugawara, Kanagawa

May 24th, 2009

Yugawara yg terletak di Kanagawa merupakan destinasi kami seterusnya.. (cheewah mcm rancangan TV1 lak) hee.. Ini kerana keinginan dalam hati yg meronta2 kami berempat utk menikmati ‘onsen’ ataupun hot spring yg selalu tengok cerita jepun, mesti ade onsen. kan kan?? Masalah yg melanda ialah, untuk menghormati budaya dan adab2 Jepun, kalau nak mandi onsen kene lah… ‘tidak berbaju’ dan sekiranya tak ikut, seolah2 biadap pada mereka.. huahuahua… tak ke pening kepala kami nih…! nak tempah yg berasingan, mahal la pulak.. hmm.. aleh2 Aizuddin tolong kami cari onsen yg ’selamat’.. iaitu.. onsen kaki je la! huhu.. takpe la.. kaki pun kaki je la.. lagipun ade reflexology jugak.. setelah penat berjalan dan berjalan dan berjalan (total tatau la baper jauh kami dah berjalan) memang SANGAT LEGA.. setelah ber-onsen kaki kami.. oh memang nikmat.. walaupun begitu jauh Yugawara ni daripada Tokyo, tapi ketenangan Yugawara tu memang jauh berbeza dari Tokyo. BERBALOI kami tarik beg besar2 kami untuk sampai ke sini.. macam kat Kuale pun ade wa rase.. heee.. aman dan damai jek.. orang2 nye pun ramah2.. takde la muke2 ketat mcm kat Tokyo bandar sibuk itu.. hee.. ye la kampung kan..

Jadi, ini gambar setelah sampai ke Yugawara.. heee.. punya nak jimat, taknak naik teksi walaupun beg kami berbondong2.. sanggup naik bas.. ala2 mcm bas reliance tu, cuma versi canggih sikit ngan sopan sikit. Kalau siapa yg kat kuala tau la, bas reliance.. laju bebeno bawaknye, takde sopan santun! hee.. IMAH dah lame tak naik bas reliance kan.. oklah, nak ceritanya, naik la kami bas tu, belakang bas tu dah penuh ngn barang kami dan kami ni je ha.. tapi makcik2 n pakcik2 kat situ senyum jek.. hee.. chomel betul!


yugiwara00009.JPG


oh, Yugawara memang tempat yg tenang, aman dan damai.. rase macam autumn in my heart lak! hee.. sebab pokok2 dari musim autumn ade lagi.. jadi kami sempat la berangan dengan daun2 maple yg berwarna warni tu… ni la gambar yg feeling~~ sekali… Hidayah sanggup tangkap dgn mantap skali! walaupun die meremang sket tgk aksi wa n fa.. hee..

yugiwara00028.JPG

Nak sampai ke onsen nih, kene naik bukit sikit, tapi takde la tinggi mane pun.. memang cantik tempat tu. ade air terjun.. walaupun itu sebenarnya parit, tapi jernih betul! so, all the way to onsen, kami berposing2 dengan hebatnya.. nyeh~~

So, kat bawah ni la gambar tempat onsen tu.. ade banyak kolam, setiap kolam ade khasiat tersendiri.. tapi malangnya haprak tak paham sebab tulis dlm bhs jepun. hohoh.. air panas tu mengalir dari atas bukit..


Ok, dah selesai pun misi ber-onsen kami… ni gambar makcik tiket yg sporting. die dok explain mcm2 kat kami, tapi tak paham jugak! chomel betul..

yugiwara00050.JPG


Fuh! setelah segar kaki kami (kaki sahaja la.. hehe) boleh la meneruskan perjalanan dengan mantapnya! kemane lagi mau pergi?!? yeah! sanggup ku jelajahi! kerana kaki sudah di-onsen! hoho.. posing kat tepi air terjun nih..  

yugiwara00059.JPG

salah satu gambar kat bawah ni ade gambar kami dengan tugu yg menarik. seorang samurai sedang bersiap sedia untuk berperang, kat sebelah dia ada seorang isteri yang ayu memakai kimono, duduk bersimpuh menyediakan bekalan makanan untuk suami tercinta. (bento la!) pastu tengah kami dok posing, ade pakcik ni datang dan cerita2 di sebalik tugu tersebut. kami pun dengan tekun mendengarnye, oohh…. mcm tu ceritanya.. tapi malangnya kami tak faham! salmiza faham la sikit2.. jadi la, dari tak faham langsung!

Seterusnya, makan time! tetapi mase ni tak jumpe makanan yg sesuai - seperti bento yg ade ikan.. hmm.. jadi berlapar la kami dan makan la sikit2 kuih2 yg ade di situ..


Oh! ibu mengandung tika ini sangat lapar! hee.. tapi teruskan juga perjalanan.. ketua rombongan ada rancangan sendiri, utk memastikan kami tiba ke Kyoto (destinasi seterusnya) tepat pada masanya… hait hait!! sabar je la baby…


Travel , , , ,

Japan !! Day 3

March 26th, 2009

From Fadhlullah Abd Rahman

Sudah hampir 3 bulan balik dari Jepun tapi masih lagi di hari yang ketiga.


FUJITV HQ

Malam selepas Disneyland tuh (memang penat), tetiba Salmiza request nak pergi ke FujiTV pasal nak tengok rakaman artis jepun. Since the next day kita takde solid plan (selain Asakusa Temple), kita pun setuju nak ke FujiTV HQ. Dari mainland Tokyo tuh, kita kena naik monorail (macam KL Monorail) untuk ke pulau (buatan rasanya). Perrghh … KL Monorail Train digunakan untuk transport penumpang dari tokyo ke tempat ni je.


Gambar : Bangunannya memang unik, berlubang-lubang dan ada sebijik bola besar kat tengah.

Masa sampai tuh konsert baru jek habis, maka melepas la nak tengok artis-artis jepun (walaupun tak tahu sesiapa … Kenshin Himura dan Luffy termasuk tak ?)



ASAKUSA TEMPLE

Lepas habis cerita di FujiTV terus gi Tokyo naik TOKYO TELEPORT, kalau monorail tuh slow. Naik ni laju gile. Teleport :) Asakusa … dengar jek nama ni terus ingat Anime Shaman King (Yoh Asakura). Asakusa temple ni yang kita visit hanya replica. Yang asal sudah hancur musnah lepas World War II. Habis Tokyo licin kena bedil.


Kita sampai ke stesen Asakusa (tak ingat dah) dan jalan ke temple. On the way tuh, wa nampak penarik beca oldskool :) Apa lagi, kalau ke Melaka kita naik beca basikal, kat sini kita naik beca tarik. Mahal juga la, satu beca 3,000 yen untuk 15 minit :(



TOYODA

Fuh, lepas balik dari Asakusa, kita ke rumah Aizuddin (cousin). Bila sampai Kak Oja (isteri cousin) kata Aizuddin tunggu kat Toyoda. Kita pun pergi la ke Toyoda. Rupanya, dia nak belanja SUSHI !! Fuh, memang besh sekali.

Sushi yang best …

1. Ootoro (tuna bahagian yang paling ultimate, cair dalam mulut, air mata keluar berderu)

2. Unagi (superb, lembut dan sos dia masyuk)


Ni ialah Salmon Sushi. Yang Ootoro tuh tak tangkap gambar pasal dah melayang dah. Tengok, besar gile.

Fuh, yang ootoro tuh harga dalam 580 yen satu pinggan. Kiranya mahal la untuk Sushi, dua keping RM 18.

Tapi kalau dah travel 6000KM, apalah sangat RM 18 untuk sushi yang paling besh ?

By the way, kalau dah makan di sini, Sushi King ke Gengki Sushi ke JUSCO Sushi ke semua kena tinggal jauh.

Tapi bila balik Malaysia, kaki dah jejak tanah balik la :p


Salam,

Travel , , , , , ,